Baju Anti Rogol Di Cipta Untuk Selamatkan Wanita


Gambar Baju Anti Rogol
New Delhi- Sekumpulan penuntut kejuruteraan di India mencipta baju dalam  antirogol yang didakwa mampu menghalang jenayah rogol dan serangan seksual lain.Baju dalam perlindungan itu dicipta untuk mengalirkan sehingga 82 kejutan elektrik kepada bakal penjenayah apabila pengesan tekanan pada bahan itu mengesan sebarang jenis paksaan.     

Pakaian dalam yang dibantu teknologi itu, dinamakan sebagai Society Harnessing Equipment (SHE), juga boleh memberi amaran kepada polis, keluarga atau rakan, menerusi sistem pengesanan global (GPS) yang  dipasang.     
     
“Pakaian dalam dengan sistem pengesanan global, sistem global bagi komunikasi telefon bimbit (GSM) dan pengesan tekanan mampu mengalirkan arus kejutan sehingga 3,800 kilovolt selain memberi amaran kepada ibu bapa dan polis.

“Penjenayah yang cuba mencabul gadis akan menerima kejutan dalam hidupnya sebaik pengesan tekanan diaktifkan manakala modul GPS dan GSM akan menghantar pesanan kepada nombor kecemasan India selain kepada ibu bapa mangsa,” kata Manisha Mohan, yang membantu membangunkan produk itu kepada Times of India. - AGENSI    

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

3 comments:

  1. tapi kan..kan....
    kalau kena kejutan elektrik tu, agak2 nyer lar kan..
    si pemakai pom kne jgk ker kejutan elektrik tu..?
    baju tu tahu ker nk beri kejutan elektrik tu kat sape..? samada nk kasi kat si pemakai atau kat si penjenayah tu??
    konfem ker slamat nk pakai..?

    ReplyDelete
  2. Soalan yang bernas

    ReplyDelete
  3. berape la agaknye harga baju tu?pastu kalo d cuci x meletop lak ke mesin basuh tu?hahahahha

    ReplyDelete