Kajian paling menyeluruh yg dijalankan di Britain membuktikan anak yg berikan susu badan sekurang-kurangnya 4 minggu pertama kelahiran ternyata lebih bijak dengan IQ yg tinggi berbanding bayi yg sebaik saja lahir dan seterusnya diberikan susu botol.
Macam mana nak beri susu badan jika ibu terpaksa meninggalkan bayi mereka di tempat asuhan kanak-kanak. Itu masalah besar masyarakat kita sekarang yg rata-rata ayah dan juga ibu sibuk mengejar keperluan hidup.
Ramai ibu yg baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yg tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yg tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.
Ramai juga antara mereka tidak tahu bahawa saiz perut si kecil yg baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).
Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir maka ramai ibu yg tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yg mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yg mereka buat.
Menurut Puan Rita Rahayu yg juga seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yg baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yg terlalu banyak kerana saiz perutnya yg sangat kecil.
Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yg sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Cuba bayangkan saiz perut si kecil yg hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yg 4 - 5 kali ganda banyaknya.
Bukankah lebih dari cukup? Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yg diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yg diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yg diperah.
Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yg banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.
Selamat Menyusukan Anak Anda
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari KamiMacam mana nak beri susu badan jika ibu terpaksa meninggalkan bayi mereka di tempat asuhan kanak-kanak. Itu masalah besar masyarakat kita sekarang yg rata-rata ayah dan juga ibu sibuk mengejar keperluan hidup.
Ramai ibu yg baru melahirkan anak risau tentang anak kecilnya yg tidak cukup susu. Ada antara kawan-kawan yg tidak yakin susu ibu dapat memenuhi kantung perut dan mengenyangkan bayi mereka.
Ramai juga antara mereka tidak tahu bahawa saiz perut si kecil yg baru lahir tidak lebih dari sebesar guli kecil ataupun sebiji kacang kuda (5-7ml).
Kurangnya kesedaran tentang saiz perut bayi baru lahir maka ramai ibu yg tidak yakin untuk menyusukan anak mereka kerana menyangka susu yg mereka hasilkan tidak sebanyak susu formula dalam botol kecil yg mereka buat.
Menurut Puan Rita Rahayu yg juga seorang pakar laktasi bertauliah, bayi kecil yg baru lahir tidak memerlukan kuantiti susu yg terlalu banyak kerana saiz perutnya yg sangat kecil.
Mengetahui tentang itu, 'badan ibu' hanya menghasilkan antara 20-30 ml yg sebenarnya sangat banyak untuk seorang bayi. Cuba bayangkan saiz perut si kecil yg hanya 5-7ml kapasitinya dan kuantiti kolostrum yg 4 - 5 kali ganda banyaknya.
Bukankah lebih dari cukup? Jadi, soal susu tidak cukup untuk bayi baru lahir seharusnya tidak timbul. Badan ibu secara semulajadinya mengetahui apa yg diperlukan oleh bayinya. Kuantiti susu ibu yg diminum oleh anak secara susuan terus tidak semestinya sama dengan kuantiti susu yg diperah.
Jadi, jika anda mahu menyusukan anak secara eksklusif, tambahkan pengetahuan dengan menghadiri kursus penyusuan yg banyak dianjurkan oleh badan-badan swasta dan juga hospital kerajaan.
Lengkapkan diri dengan maklumat penyusuan dengan sebaiknya supaya azam untuk menyusukan anak secara eksklusif tidak terbantut di tengah jalan dek kekurangan ilmu. Ibu-ibu perlu ingat, menyusukan anak di waktu zaman sebegini perlu dilakukan dengan ilmu penuh di dada.
Selamat Menyusukan Anak Anda
0 comments:
Post a Comment