Info agama:Kisah Benar Jenazah Peminum Arak Yang Mengerikan Pengalaman berhadapan jenazah aneh yang pernah saya temui tidak terhenti setakat itu, malah ada yang lebih merobek perasaan saya iaitu ketika menguruskan jenazah seorang lelaki yang dijumpai tersepit di dalam keretanya yang remuk setelah merempuh pagar sebuah jambatan, kira-kira 15 tahun yang lalu.
Lelaki yang dalam linkungan 50-an itu meninggal dunia di tempat kejadian. Apa yang mengejutkan ialah bersamanya dua orang wanita muda, cantik yang turut meninggal dunia di situ, Apa yang orang kampung tahu mereka bukan isteri atau anak saudara lelaki tersebut malah kedua-dua wanita tersebut bukan orang tempatan.
Di samping itu, botol-botol arak dilihat bergelimpangan di dalam keretanya. Walaupun tujuan mereka datang ke sini untuk melancong, tetapi kalau sudah berkepit dengan perempuan, itu jelas bercanggah dengan agama dan sopan santun kita. Beberapa hari sebelum kemalangan yang menimpanya, orang kampung ada melihat mereka bersiar-siar di pantai, tetapi tidak tahu di mana pula mereka bermalam.
Lelaki yang meninggal itu sebenarnya seorang pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta dan orang ramai memang tahu dia adalah kaki arak dan gemar berfoya-foya dengan wanita-wanita cantik yang silih berganti.
Allah Maha Adil, perbuatan maksiatnya itu tetap dibalas Tuhan. Jenazahnya ada sedikit masalah. Namun nasib dia tu baik kerana mujurlah ada orang kampung yang sanggup menolong membawa mayatnya ke hospital dan beberapa orang kakitangan pejabatnya sanggup menguruskan jenazah beliau. Jika tidak, tidak tahulah apa akan terjadi.
Malah saya sendiri tak sampai hati untuk membiarkan jenazahnya begitu sahaja dan saya sempurnakan sehinggalah siap dia dikapankan. Apabila saya ingat-ingatkan kembali saat saya membuka kain putih yang menutup jasanya, memang ia adalah pengalaman ngeri yang sukar dilupakan.
Ya Allah, sungguh dahsyat! Lidahnya terjelir sehingga sejengkal. Tak sanggup saya menatapnya lama-lama. Jadi sebelum memandikannya, saya cuba masukkan kembali lidahnya yang terjelir itu ke dalam mulutnya agar tidak nampak ngerinya, namun lidahnya itu jatuh terjelir balik. Kemudian saya cuba lipat dan gulungkan lidahnya itu, masih lagi gagal. Lantaran itu saya biarkan lidahnya terjelir begitu sahaja kerana bimbang kalau dipaksa juga nanti menyakitkan jenazah.
Mukanya pula berubah menjadi hitam legam macam kena bakar.Pada hal lelaki itu sebenarnya segak orangnya. Tubuh dia tu putih. Tetapi bila meninggal Allah ubah mukanya menjadi hitam. Yang menghairankan hanya mukanya sahaja berubah jadi hitam, manakala badannya dalam keadaan elok.
Demikianlah balasan yang Allah paparkan bagi orang yang tidak peduli soal iman. Terlampau ikutkan nafsu. Jangan fikir apabila duit banyak dalam poket, kita boleh buat apa sahaja yang kita mahu, kerana setiap dosa yang dilakukan itu kadang-kadang Allah tunjukkan di dunia lagi. Sebab itulah semasa hidup kita perlu beringat agar tidak melakukan dosa-dosa
besar. Janganlah apabila sudah nazak baru hendak bertaubat kerana ketika itu taubat tidak diterima lagi.Sebar-sebarkan artikel ini untuk pengajaran kepada umat islam
sumber:rakan-rakan fb
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment