Lelaki Mengandung Dan Melahirkan Anak,Thomas Beatie mencipta sejarah sendiri apabila menjadi lelaki pertama melahirkan anak. tetapi sebenarnya Thomas Beatie pada asalnya merupakan seorang perempuan tapi menukar imej kepada seorang lelaki ketika berusia 20 tahun disebabkan dia merasa terperangkap dalam badan wanitanya.
Walaubagaimanapun dia tidak menjalankan proses membuang rahim ketika ‘bertukar’ kepada lelaki. Thomas Beatie membuat keputusan untuk menjadi lelaki yang mengandung kerana isterinyaNancy tidak boleh mengandung disebabkan endometriosis. Thomas mengandung dengan menggunakan proses persenyawaan tabung uji (IVF).
Walaupun Thomas, lelaki hamil yang pertama, merupakan ‘lelaki’ yang sah dari segi undang-undang di negaranya, tetapi dia tidak boleh meletakkan tarafnya sebagai bapa kepada anaknya, dan lebih mengelirukan apabila dia diletakan sebagai ibu dan Nancy sebagai bapa. Mereka akhirnya mengambil keputusan untuk mengambil anak-anaknya sebagai anak angkat bagi membolehkannya mendapat status ‘bapa’
Dikatakan Thomas Beatie mendapat banyak bayaran untuk menceritakan tentang dirinya dan juga gambar-gambar disebabkan dia merupakan lelaki mengandung yang pertama.
sumber:http://beckhrooy.com
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment