Jerman – Seorang wanita yang menderita selama dua dekad akibat mukanya ditumbuhi bulu lebat, kini membuat keputusan untuk membiarkan sahaja bulu itu panjang.
Mariam, yang berusia 49 tahun dan mempunyai seorang anak itu sebelum ini terpaksa mencukur mukanya dengan kerap bagi membuang bulu-bulu lebat yang tumbuh di mukanya itu.
Keadaan ini menyebabkan dia berasa malu dan hilang keyakinan diri.
“Saya mula berputus asa sejak bulan Ogos 2008, dan mula berfikir apa yang akan berlaku kepada saya jika saya menyimpan janggut,,’’ katanya.
Kini Mariam berasa lebih yakin dengan penampilan barunya yang berjambang dan dia juga berasa lebih seksi.
“Saya lebih yakin dan lebih mengenali diri saya sendiri berbanding ketika muda dulu.
“Pada mulanya saya menerima pelbagai kata cacian, malah ibu saya sendiri mempersoalkan tindakan saya menyimpan jambang.
“Namun dia akhirnya mengerti bahawa ini yang saya inginkan dan ia juga menjadikan saya lebih yakin pada diri sendiri,’ kata ibu tunggal itu.
Mariam mula ditumbuhi bulu lebat di mukanya selepas dia melahirkan anak 28 tahun lalu.
Keadaan itu disebabkan hormon berlebihan yang dikeluarkan oleh badannya ketika mengandung.
Sambil menyifatkan penampilannya terbarunya itu lebih menarik, Mariam kini bersedia untuk memulakan semula hubungan cinta dengan lelaki.
sumber:mynewhub
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment