Mi segera memang jadi pilihan kegemaran bagi mereka yang ingin sajian cepat, lazat dan tentu saja tak perlu kepakaran khusus untuk membuatnya.Pendek kata, mi segera merupakan makanan yang sangat praktikal, lantaran boleh dimakan di pelbagai keadaan. Namun, apakah anda tahu berapa sihat makanan mi segera ini?
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutrition edisi 1 Ogos, mi segera ternyata boleh meningkatkan risiko serangan jantung.Dalam kajian didapati bahawa perempuan di Korea Selatan lebih banyak mengambil mi segera berbanding dengan laki-laki. Hasilnya, mereka yang mengambil mi segera secara berlebih, kemudian mengalami gangguan kesihatan berupa sindrom metabolik.
Orang yang mempunyai gangguan kesihatan ini menghadapi tekanan darah tinggi atau peningkatan kandungan gula dalam darah, dan mereka juga menghadapi risiko serangan jantung, strok dan diabetes lebih besar.
"Walaupun mi segera merupakan makanan yang nikmat, ini juga mempunyai bahaya berupa peningkatan risiko sindrom metabolik, kerana mengandungi sodium tinggi, lemak tepu yang tak sihat dan juga meiliki kandungan glisemik," kata seorang calon doktor di Harvard School of Public Health, Boston, Hyun shin.
Shin dan rakannya di Universiti Baylor dan Harvard menganalisa kualiti kesihatan dan diet kepada responden yang berjumlah lebih dari 11 ribu orang dewasa di Korea Selatan. Mereka berusia antara 19 hingga 64 tahun.
Korea Selatan dipilih kerana negara ini termasuk ke dalam wilayah yang mempunyai kumpulan para pecinta mi segera terbesar di dunia. Dimana mereka mengambil 3.4 bilion paket mi segera selama tahun 2010.
Responden kajian, diminta untuk menyebutkan apa saja yang sering mereka makan, kemudian para penyelidik mengkategorikan apa yang mereka makan ke dalam dua kategori besar yakni makanan sihat dan makanan segera. Hal ini untuk mengetahui seberapa sering mereka memakan mi segera.
sindrom metabolik
Diketahui, perempuan yang mengambil mi segera dua kali atau lebih dalam satu minggu mereka ternyata mempunyai risiko terkena sindrom metabolik lebih tinggi berbanding dengan yang lain.
Yang mengejutkan, ternyata risiko ini tidak berlaku bagi kaum laki-laki. Para penyelidik mengesyaki bahawa perbezaan biologi ini mempengaruhi tinggi rendahnya risiko tersebut kerana disebabkan oleh perbezaan hormon seks dan metabolik.
Walaupun kajian ini dilakukan di Korea Selatan, namun teori yang sama sebenarnya boleh diterapkan pada orang-orang di dearah lain. Hal ini didedahkan oleh seorang pakar pemakanan di Amerika Utara, Lisa Young yang merupakan profesor di New York University.Di Amerika Utara, penduduknya memang tak makan mi segera sebanyak dengan yang dilakukan penduduk di Korea Selatan. Namun, mereka tidak menganggap remeh kesan akibat pengambilan mi segera tersebut.
"mi segera mempunyai lemak tinggi, garam, kalori, dan jika dimakan berlebihan hal ini akan menyebabkan timbulnya gangguan kesihatan lain. Mungkin tiap orang akan bertindak balas dengan cara yang berbeza, namun yang perlu diingat adalah bahawa mi segera memang bukan produk yang sihat, dan ini merupakan makanan olahan, "katanya.
Wajar saja, kerana makanan semacam ini memang direka supaya boleh bertahan lama, sehingga mereka menambah gula dan garam dalam jumlah yang tinggi.Sementara itu, sebuah tayangan video sempat menggemparkan dunia maya pada September 2013 lalu. Video itu merakam keadaan di dalam perut untuk mengetahui bagaimana mi segera bertindak balas dalam organ pencernaan. Gambar ini, diambil dengan menggunakan kamera yang dimasukan ke dalam perut.
0 comments:
Post a Comment