Sebagai manusia kita tidak terlepas dari sifat marah.Tanpa kita sedari kemarahan yang dialami menyebabkan kita menguris hati kawan-kawan tersayang.Jadi pada kali ini admin ingin kongsikan cara mengawal marah dalam islam.Sila baca info dibawah
MENGUBAH POSISI
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya :
Apabila kamu marah,dan ketika itu berada di dalam kedudukan berdiri,maka hendaklah dia duduk kerana ia akan menghilangkan kemarahan.Dan jika tidak maka hendaklah dia berbaring| |Riwayat Muslim|
BERWUDUK
Rasulullah SAW bersabda,maksudnya:
|Marah datangnya daripada syaitan,dan ia diciptakan daripada api sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air.Oleh sebab itu apabila kamu marah,maka hendaklah berwuduk| |Riwayat Abu Daud|
MEMBACA TA’AWUZ
Maksudnya: |Ya Allah,lindungi aku daripada syaitan yang direjam|
BERZIKIR
Banyak berselawat,berzikir,bertahmid,bertahlil dan bertakbir.
KAWAL LISAN
Berdiam diri dan jangan bertutur apabila berasa hendak marah kerana ramai manusia yang merosakkan dirinya akibat lisannya sendiri.katakan pada diri bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dan kebaikannya.
MINUM AIR
Minum air sejuk kerana air mampu memadamkan api kemarahan.
BERKATA KEPADA DIRI
Ingatkan diri sendiri bahawa perkara yg kita lakukan terhadap orang lain satu hari nanti akan berlaku atas diri kita juga. Dengan cara ini kita telah berjaya mengalihkan fokus minda kepada perkara yang boleh mencetuskan perasaan panas baran.-mediaserius.com Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment