INFO PENTING : TAHUKAH ANDA SPEK MATA HITAM BERHARGA UNTUK KESIHATAN Berhati-hatilah dalam menggunakan spek mata hitam yang harganya murah.
Satu kajian yang dilakukan di UK menemui bahawa pemakaian spek mata hitam yang harganya murah ternyata dapat menyebabkan pelbagai masalah mata seperti astigmatisme dan sakit kepala.
Hal ini disebabkan kerana kebanyakan spek mata hitam murah tersebut tidak menepati standard ujian laboratorium untuk sebuah spek mata penghalau cahaya matahari. Beberapa spek mata yang diujikaji ternyata memiliki kesan cahaya lentur dan dapat menyebabkan penglihatan terjejas atau sakit kepala kepada beberapa orang pemakai.
“Meskipun masalah ini tidak akan menyebabkan kerosakan penglihatan jangka panjang, namun akan tetap menimbulkan rasa tidak selamat, kerana spek mata- spek mata tersebut tidak memenuhi standard untuk dipakai” jelas Joanna Pearl, lembaga kesihatan UK.
Pearl menyarankan bagi orang yang ingin membeli kacamata hitam penghalau cahaya matahari sebaiknya mereka meneliti pemenuhan standard daripada lembaga kesihatan negara masing-masing. Agar terhindar dari masalah penglihatan yang mengancam mata.
“Seperti jika di UK anda harus memeriksa tanda CE, yang wajib pada produk yang dipersetujui untuk dijual di Eropah, dengan kod 1836:2005 dari British Standard.
sumber:kurakura.my Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment