Suami Hilang Nafsu atau Disihir?


SOALAN:

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut"panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu."Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami sayadisihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah iniyang semakin genting.



JAWAPAN OLEH DATO DR HARON DIN

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salahsatu daripadanya berkenaan yang kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebeginibanyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan danmengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandaiuntuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yangsebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalahfenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atauistilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyidaripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit danpenuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan iaadalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suamipuan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan inisebelum ini, bahaw insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaibkerana Allah berfirman mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapunmengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi,melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalahyang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itukepada sesiapapun." - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahihdiceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeedbin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalahdiberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahuidisihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan adakaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkania ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah(mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripadaHarut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hinggaakhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihirdan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh,melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yangmerosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasihsayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidakdiingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripadasihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadiansedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suamiberpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalubersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di ataskelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidakmahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yangketerlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campurtangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadapisteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-halyang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dansemua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulufaktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu,maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan iaperbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlakukerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmusihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yangsentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam.

Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupuntanda-tandanya semacam sihir.

Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, iamenimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'sipulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran,kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya.

Keparahan itu menyebabkan penyakit tidakterlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit,cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiadapenawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa kehadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yangtersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal denganmembaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi danlain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayatdalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284,285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yangdisarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan. Wallahu a'lam.gempak.org

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment