Kanak-kanak 9 Tahun Gugur Anak Kembar


(gambar Hiasan)
BRASILIA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di Brazil yang hamil selepas bertahun-tahun dicabul oleh bapa saudaranya akan menggugurkan bayi kembar dalam kandungannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan kanak-kanak yang dirahsiakan identitinya itu didapati hamil empat bulan selepas dibawa ke hospital apabila dia mengadu sakit perut.

“Amat berbahaya jika kanak-kanak itu meneruskan kehamilan kerana struktur tubuhnya belum bersedia bagi tujuan itu,” kata seorang doktor di hospital tempat dia dirawat, Jose Severiano Cavalcanti.

Menurut polis, bapa tiri kanak-kanak itu yang berumur 23 tahun dipercayai mencabul mangsa sejak dia berusia enam tahun dan dia memberi mangsa AS$0.40 (RM1.50) selepas melakukan hubungan seks. – Agensi

sumber :mummynemo

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment