Anak kepada Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyatakan keadaan ayahnya itu hanya uzur biasa dan haya berada dalam keadaan keletihan.Beliau berkata demikian melalui posting terbaru laman Facebook milik ayahnya itu bagi mengulas mengenai sekeping gambar yang tersebar di media sosial yang menyatakan Nik Aziz kini tenat.
Menurut Nik Abduh yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, ayahnya hanya dalam keadaan uzur biasa dan keletihan setelah menjalankan aktiviti di rumah.“Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan.
“Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya-Allah,” katanya.Beliau turut memohon maaf bagi pihak keluarganya kerana Nik Aziz yang kini berusia 83 tahun memilih untuk tidak diziarahi untuk berehat secukupnya.
“Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya.“Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai penyebaran gambar berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, gambar itu adalah gambar lama.“Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut,” katanya.
Jelas Mohd Amar, kali terakhir beliau menemui bekas Menteri Besar Kelantan itu adalah sebelum berlakunya bencana banjir di Kelantan baru-baru ini dan keadaan beliau ketika itu, cuma sakit biasa lapor RakyatPost
Credit To : anak Sungai Derhaka Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami
0 comments:
Post a Comment