Kejam!!! Perbuatan Bapa Setan Terhadap Anak Perempuan Ini Tak Patut Dimaafkan


Abdul Hussein dituduh menutup mulut dan mengikat anak perempuannya sebelum menanamnya hidup-hidup, semasa isterinya keluar rumah. Dia ditangkap kerana cuba menanam anak perempuannya yang berusia 10 tahun itu hidup-hidup hanya kerana tak ingin anak perempuan.

Polis memberitahu insiden mengejutkan itu berlaku di Tripura, India, Abdul Hussein menggali lubang di halaman belakang rumahnya manakala isterinya keluar, dan kemudian memasukkan anak perempuannya ke dalam lubang itu dengan tangan terikat dan mulutnya ditutup .

Ketika isterinya balik ke rumah, lelaki itu sengaja menutup kepala anak perempuannya dengan bakul buluh agar si isteri tak mengesyaki.Namun beberapa waktu kemudian, sang isteri mula bertanya-tanya di mana gadis kecilnya itu.

Dilaporkan bahawa gadis malang itu akhirnya dijumpai oleh jiran dalam keadaan selamat. Ayah keji ini dibelasah penduduk terlebih dulu sebelum diserahkan kepada pihak berwajib. Abdul kemudian ditangkap, dan kini menghadapi tuduhan percubaan pembunuhan. (Mirror)





Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment