Pelajar Wanita IPT Bakal Digantung Sampai Mati


Jasin: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) bersama rakan lelakinya berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir, 19, dari Segamat, Johor dan Firdaus Abd Karim, 19, dari Kandang, Melaka ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Mereka hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau, di sini antara jam 11.30 malam 31 Disember 2014 hingga jam 1 pagi 1 Januari 2015.

Justeru mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment