Peluk Chong Wei Berbeza Dengan Insiden Peluk K-Pop - Syed Ali Alhabshee


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin yang menggesa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menyiasat tindakan Datin Seri Rosmah Mansor memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Menurut apa yang dikatakan oleh Syed Ali Alhabshee, apa yang dilakukan oleh Datin Rosmah tidak sama dengan insiden tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang K-Pop.

“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya mengharumkan nama negara,” katanya memetik laporan dari FMT.

Syed Ali Alhabshee menyatakan rasa kesalnya terhadap tindakan Shahbudin yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara di dalam entri terbaru di blog umnobahagiancheras.blogspot.com.

Selain itu, beliau turut berkata mana-mana pihak tidak seharusnya mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan juga turut menyelar pihak yang terus mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan menyebarkan gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood. - Siakapkeli.com.my

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment