Punca Britney Nicole Pelajar Non Muslim Dilarang Pakai Baju Kurung Terjawab


Punca Britney Nicole Pelajar Non Muslim Dilarang Pakai Baju Kurung Terjawab |Britney Nicole A/P Lawrence Jayaraj pelajar non muslim dilarang pakai baju kurung di SMK Seri Mutiara Cheras.

Kini trending dilaman sosial mengenai isu seorang pelajar bukan islam yang berusia 15 tahun telah diarah pulang ke rumah oleh pihak sekolah dengan alasan memakai baju kurung.

Menurut laporan mangsa, pihak sekolah melarang pelajar bukan melayu dan bukan beragama Islam untuk memakai baju kurung ke sekolah. Susulan tidak puas hati dengan tindakan pihak sekolah, bapa kepada Britney Nicole iaitu Lawrence Jayaraj menerusi laman sosial mengecam tindakan pihak sekolah berkenaan yang mengenakan peraturan berbaju kurung hanya untuk melayu islam sahaja.

Isu itu juga telah mendapat perhatian dan liputan media sejak 14 Januari 2015. Demi menamatkan spekulasi tersebut, satu perjumpaan khas antara Lawrence Jayaraj dengan pengetua sekolah SMK Seri Mutiara telah diadakan pada 15 Januari 2015. Pihak Sekolah turut memohon maaf berhubung isu tersebut dan berjanji akan membenarkan semua pelajar wanita tanpa mengira bangsa dan agama untuk memakai baju kurung.

Kenyataan Lawrence Jayaraj Bapa Kepada Britney Nicole


http://www.melvister.com/wp-content/uploads/2015/01/baju-kurung-1.png

Share on Google Plus
Klik LIKE Page Ini Untuk Terima Info Terbaru Dari Kami

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment